Fiona
Monday 23 September 2013
01:01

Hello. Assalamualaikum. Wow. Its have been long time. Gila lama aku tak update blog haha. Tak pernah lagi aku biarkan blog aku terbengkalai macam ni. So, miss me? Anio? Mm. Haha. Charger lappy rosak boh. Tu yang lama menghilang ni. So, saya tak sekolah harini. Hhihihi. Sakit badan bak hang. Ni semua sebab kem semalam. Best lah jugak kem tu. first time aku masuk hutan. Haha. So, harini nak update pasal kem tu lah. Sebenarnya aku bosan tak tahu nak buat apa. Jadi, baik aku update blog untuk mengisi masa lapang. Kem ni boleh 80 orang je. Siapa cepat dia dapat. FFL yang pergi aku dengn Izzah je. Geng kitaorang dekat sana puteri, fifi, lyssa and mariam :).
     Gerak pagi sabtu haritu. Aku memang lemah bab bab kena bangun awal pagi ni. Nasib baik lah pagi tu aku terbangun. Bila dah sampai kem, kitaorang pasang khemah. Aku jadi model je tukang pegang benda alah apa tah. Haha yang lain semua sibuk pasang khemah. Nasib baiklah kitaorang boleh pilih geng sendiri dalam satu khemah. Bila dah siap pasang, baru lah pergi jungle trekking. Mula mula jalan lagi dah kena panjat bukit. And i was like aigoo. Penat tahuu. Nafas aku dah turun naik turun naik dah. Jungle trekking sampai dekat makam sultan apa tah. Yang paling aku takkan lupa is kitaorang kena take cover dekat depan makam tu . Dah lah dekat tengh jalan. Matahari tegak atas kepala pulak tu. Memang tak yah cerita lah panas dia macam mana ean. Take cover tu kena baring . Haha.
      Lepas jungle trekking kitaorang terus flying fox. Hm. Yang ni paling aku menggigil. Yang lain semua muka exited , aku je yang muka dah macam ayam berak marker pen sebab cuak haha. Bila dah time aku kena terbang. Ceh terbang haha. Bila dah turn aku , satu badan aku menggigil. Tapi bila dah berlepas tu aku okay dah. Best sebenarnya buat benda tu. Kalau boleh, aku nak buat lagi. Haha. And then makan petang lepastu mandi and terus malam kebudayaan. Aku group A sama dngn lyssa. Yang lain semua group B. Korang patut jeles sebab group aku juara antara group group yang lain waktu aktiviti ni :p haha. Lepas dah malam kebudayaan, aktivi malam. Aku pikir night walk dalam hutan rupanya tak.
       Kitaorang night walk dekat jalan tapi dikelilingi hutan. Semua exited je nak night walk. Tapi time tuan cakap ada satu checkpoint tu kitaorang kena jalan sorang. Tepi kanan gaung tepi kiri kubur . Kena jalan sorang sorang tanpa ditemani siapa siapa termasuk jurulatih selama 15 minit. Waktu tuan cakap macamtu semua dah macam, hm tahu tahu je lah. Aku yang pengecut ni lagilah. Tuan tu cakap kalau kena kacau ke apa, ignore je. Buat macam tak ada apa apa. Haiiii. Dia buat aku hampir terkencing dalam seluar tahuu. Semua mintak jalan dua orang. And tuan tu kata okay, jalan 6 orang . Semua dah lega. Haha.
         Sebelum slow walk tu, kitaorang pergi kat rumah api dulu. Benda alah ni pun kena naik macam bukit jugak. Jalan pukul 12 sampai dalam pukul 2 pagi macamtu and then rehat . Waktu rehat tu boleh pulak sir irwan cerita yang dia pernah nampak benda time dia slow walk waktu dia budak U dulu. Lagi takut lah aku . Haha. Bila dah sampai checkpoint kedua barulah slow walk. Leceh sikit sebab kena tunggu giliran. Aku bantai je lah tidur atas rumput tu. At last, turn kitaorang pulak. Aku lyssa , izzah and akak 3 senior jalan waktu tu. Izzah pegang tangan aku kuat gila. Haha tangan dia dah lah sejuk. Sebelum jalan, tuan ada cakap bila sampai dekat bilik peluru yang disimpan selama 35 tahun tu, jangn pandang. Pandang depan je. And we just like ok.
        Time jalan tu macam macam doa aku baca. Dah sampai tengah jalan, aku dapat rasa izzah genggam tangn aku kuat gila lepastu aku dengr dia selawat kuat kuat. Aku pun macam alamak . Lepastu aku pandang tepi and... Ada benda baring. Aku pun macam ya allah ya allah. Bapak takut siaa waktu tu. lepastu benda tu sergah kitaorang semua lari. Lari sebab benda tu kejar. Aku dah dapat syak tu jurulatih. Memang aku rasa nak lempang je siapa yang buat centu. Bila dah sampai dekat tempat berkumpul, yang lain semua macam bapak kuat korang menjerit. Haha . Sir gelak je tengok kitaorang. Aduh, aku takkan lupa benda ni. Haha.
        Sampai khemah pukul 4.30 pagi. Kitaorang tidur setengah jam je. Lepastu solat subuh . Lepastu makan and terus obstackle. And then balik. So kesimpulan dia, kem ni best. And aku memang takkan lupa aku nampak pocong tiruan terbaring kat sebelah aku. Ee. Haha. Nasib baik tiruan k. Hope next year dapat pergi kem macam ni lagi :) okay byee
   
Found Me
Instagram
blog archive
credit
Skin by Wanaseoby. Background taken from favim.com. Cute images taken from cute secrets
Diva Nana Azuar